Monday, May 3, 2010

GULA GULA POLITIK DAN RASUAH

GULA GULA POLITIK DAN RASUAH

Dulu, semasa BN memerintah hampir semua negeri di Malaysia, Pakatan Rakyat kata BN memberi gula-gula politik dan rasuah kpd rakyat semasa Piliharaya Umum atau Pilihanraya Kecil. Namun setelah tewas, dua beradik "kembar" ini iaitu Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim mengatakan rasuah punca kemenangan BN. BN dikatakan merasuah pengundi di Hulu Selangor kerana banyak memberi pembangunan dan projek infrastruktur kpd penduduk Hulu Selangor. Namun dalam pemerhatian saya, Pakatan Rakyat juga tidak kurang hebatnya. Mereka memberi geran-geran tanah yang tertangguh utk sekalian lama di PRK Hulu Selangor. Tiba-tiba banyak program pendidikan,kemasyarakatan dan infrastruktur dijalankan dan tertumpu di Hulu Selangor semasa musim pilihanraya. Ini tidak berlaku sebelum PRK Hulu Selangor. Malah saya menjadi mangsa apabila terpaksa bersolat zuhur bagi mengganti solat jumaat yg tidak sah akibat daripada Hasan Ali leka berkempen di masjid dan terlupa membaca selawat ketika membaca khutbah. Maka janganlah berlaku seolah olah double standard dalam mengeluarkan pendapat. Pendapat biar lebih bijak dan bernas. Saya hairan mengapa pembangkang selalu diam jika menang dan teriak jika kalah - Rafiq

Wednesday, November 18, 2009

ANWAR BERGIMIK LAGI DENGAN GAJI RM1 SEBULAN

ANWAR BERGIMIK LAGI DENGAN GAJI RM 1 SEBULAN

Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan konco konconya bergimik lagi kerana bersetuju menerima gaji RM 1 sebulan.

MB Selangor berkata,"Kesediaan Anwar menerima RM 1 membuktikan keikhlasan Anwar yang sanggup bekerja dengan hanya gaji RM 1 untuk rakyat Selangor sebagai penasihat ekononomi Kerajaan Negeri Selangor".

Bagi saya, adalah lebih baik beliau tidak menerima sesen pun sekiranya beliau ikhlas. Apakah agenda beliau disebalik gaji RM 1 sebulan?

Terkini, MB Selangor membuat kenyataan kerajaan negeri sedia memberi kemudahan lain seperti kenderaan rasmi, pejabat rasmi dan kemudahan kos perjalanan kepada Anwar setelah Datuk Ibrahim Ali mendesak Kerajaan Selangor.

Ternyata Anwar bergimik lagi, dan sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya harap ramai tidak tertipu lagi.

Sekian, Tk.

Mohd Rafiq Naizamohideen

Tuesday, September 8, 2009

BN MESTI LETAK CALON TERBAIK UNTUK MENANG

CALON TERBAIK PERLU DILETAKKAN OLEH BN

BN perlu meletakkan calon yang terbaik yang memenuhi aspirasi akar umbi di DUN Bagan Pinang untuk memastikan kejayaan berpihak kepada BN.

Kelemahan dan kepincangan PR ketika ini terutamanya melibatkan pelbagai isu besar seperti Isu Kg Buah Pala, Isu Bazaar Ramadhan Jalan Penang dan Isu Kuil di Selangor dilihat membawa kelebihan kepada BN.

Isu janji yang tertunggak PR yang diketuai Anwar Ibrahim juga dilihat mampu membawa kemenangan kepada BN dan Insyallah dapat juga menambah majoriti kemenangan BN nanti.

Saya menyeru semua jentera BN di segenap peringkat untuk bekerja kuat dan turun padang tidak kira masa bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar di DUN Bagan Pinang dan di PRU 13 akan datang.

MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

Thursday, July 9, 2009

Apabila "Ulamak" Ingkar pesanan Rasullullah saw

APABILA "ULAMAK" INGKAR PESANAN RASULLULLAH SAW

Aslkm wbkt

Saya amat sedih apabila melihat Umat Islam dan Bangsa Melayu semakin berpecah sementara Kaum Cina dan India dan umat beragama lain dilihat semakin kukuh berpadu.

Nabi Saw dalam khutbah terakhirnya ada menyentuh berkenaan dengan perpaduan sesama Umat Islam namun pesanan Nabi SAW dilihat diingkari oleh "Tuan Guru" Nik Aziz yang mengaku dirinya ulamak. Beliau dan pengikutnya dilihat lebih gemar berpadu dan bersatu bersama kafir laknatullah yang mengecam dasar dasar Islam dan hak-hak melayu dan keistimewaan Agama Islam.

Apabila Hadi Awang melontarkan idea kerajaan perpaduan, Nik Aziz tanpa berlengah terus berusaha menggagalkan hasrat murni Hadi dan Nasharuddin itu.

"Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang lebih mulia dari yang lain kecuali taqwa dan beramal soleh." Sabda Rasullullah saw

Yang membezakan seorg dengan seorg adalah taqwa dan amal solleh dan bukannya fahaman politik/keahlian parti. Semoga Allaw swt memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Amin.

(MOHD RAFIQ BIN NAIZAMOHIDEEN)

Monday, April 20, 2009

Tun Dr. Mahathir Mohamad Vs Datuk Seri Anwar Ibrahim

ANWAR IBRAHIM MAKIN TERDESAK
Aslkm...
Baru-baru ini kita lihat, parti pembangkang semakin menyalahgunakan demokrasi untuk kepentingan peribadi. Pembangkang dilihat menjadi pencetus kaedah berpolitik yang tidak sihat dengan pada awalnya memperkenalkan/mengasaskan politik 'lompat parti' dan baru-baru ini memperkenalkan/mengasaskan politik 'kosongkan kerusi' dengan satu demi satu kerusi DUN/Parlimen dikosong demi kepentingan politik peribadi mereka.

Strategi Anwar ialah, apabila PR mengosongkan kerusi di tempat yang mereka menang/kubu kuat mereka, maka pemilihan perlu diadakan semula dan mereka mengulangi kemenangan yang sama pada PRU 12. Kemudian media membuat liputan meluas dan ketika itu Anwar akan katakan,"Inilah referundum rakyat kepada Najib!" atau "Rakyat menolak kepimpinan Najib!".

Tetapi apabila rakyat memilih BN di Batang ai dengan peningkatan undi mendadak lebih 100% dari 800 lebih majoriti kepada 1800 lebih majoriti, maka mereka tidak pula mengatakan "Keputusan ini menunjukkan rakyat memberi sokongan padu pada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak!"

Pembaca yang budiman,

BN juga jika mahukan publisiti murahan boleh mengikut jejak langkah PR untuk mengosongkan kerusi di mana BN menjadi kubu kuat seperti Parlimen-Parlimen di Johor, Melaka, Sabah, Sarawak dsb. Kemudian media membuat liputan luas BN menang pilihanraya kecil tersebut. Kita boleh katakan "Rakyat sokong penuh kepimpinan Najib!" tetapi kita tidak berbuat demikian. Kita tidak mahu membuang masa, wang dan tenaga menyusahkan rakyat utk keluar mengundi beberapa kali untuk menentukan ADUN atau ahli parlimen mereka tanpa sebab yang konkrit. Bayangkan rakyat di DUN Penanti perlu keluar mengundi sebanyak 3 kali termasuk PRU12 untuk memilih 1.) Dr.Wan Azizah (letak jawatan beri laluan pada Anwar) 2.) Anwar Ibrahim 3.)ADUN Penanti yang baru apabila Fairus meletak jawatan atas alasan remeh sambung belajar dan tumpu pada keluarga.

Bagi saya, kalau dah nak tumpu pada keluarga, janganlah bertanding ADUN. Kalau dah nak sambung belajar, janganlah bertanding ADUN. Ini semua adalah alasan 'bijak' Anwar untuk menjayakan agenda peribadinya. Beliau begitu sakit hati melihat pesaingnya sejak dalam UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah PM baru-baru ini. Beliau sentiasa mencari jalan untuk membunuh karektor DS Najib dan mengadakan isu/modal untuk menyatakan rakyat menolak kepimpinan Najib.


Pembaca sekalian,

Pakatan Rakyat semakin gentar.Itulah hakikatnya. Mahathirisme sedang dan akan terus menguasai Malaysia. Selama 22 tahun DrM menjadi PM, pembangkang tidak mampu angkat muka (walaupun setelah pemecatan Anwar pada 1998), BN di bawah kepimpinan DrM ketika itu masih menang besar 2/3 majoriti di parlimen dan hanya hilang tambahan 1 negeri iaitu Terengganu. Begitulah fobia Anwar dan rakan-rakan yang lain dengan DrM. Malah apabila DrM turun berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, mereka mengutuk dan mengkritik keras bekas PM itu seolah2 mendedahkan kegerunan mereka yang teramat sgt kepada DrM.

Pada PRK yang lepas, apabila Dr M hadir berceramah selama sejam di Bukit Gantang, kesannya sebenarnya amatlah besar. PR jelas bergantung kpd sokongan orang bukan melayu dan golongan muda melayu. Hakikatnya majoriti orang Melayu sudah beralih menyokong UMNO pada PRK itu.

"Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi."

"Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi."

Pakatan Rakyat yang ditunjangi Anwar semakin takut dan gerun dengan fenomena ini. DrM dilihat muncul tepat pada masanya untuk menggagalkan usaha mereka. Ditambah dengan kepimpinan baru Datuk Sri Najib dan gandingan mantapnya, Tan Sri Muhyiddin, UMNO dilihat mampu bangkit semula. Berdasarkan analisis di atas, ini bermakna hanya pengundi bukan Melayu menolak/'mempermainkan' BN yang ditunjangi UMNO. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah 999 tahun isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.

BN perlu bekerja keras menarik lagi sokongan pengundi muda melayu...Kaum Cina dan India akan akur jika orang melayu bersatu dan kuat menyokong UMNO. Mereka akan tunduk seperti di bawah kepimpinan DrM.


"Adat orang berniaga, akan memilih yang mana menawar untung yang lebih. Kalu BN tawar 10sen, PR dan Anwar tawar 11sen, mestilah yang dipilih 11 sen. Walaupun bezanya hanya 1 sen. Apatahlagi dalam keadaan sekarang PR dan Anwar tawar bukan 20sen, bukan juga 30sen tetapi 50sen. Sudahlah tentu mereka mahu yang 50sen dari 10sen. Itulah analoginya."


Saya fikir, saya dan rakan2 tahu caranya, insyaAllah saya akan membantu kepimpinan UMNO bersama-sama menambat hati pengundi muda melayu. Saya dan rakan-rakan akan menyumbang walaupun sumbangan kami kecil, insyaAllah, apabila digembleng bersama mampu membantu memperkukuhkan UMNO tercinta.


HIDUP UMNO!HIDUP ISLAM!HIDUP MELAYU!HIDUP MALAYSIA!

Sekian.

MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN

Thursday, April 9, 2009

BARISAN KABINET TANPA KHAIRY, TAHNIAH NAJIB!

BARISAN KABINET TANPA KHAIRY, TAHNIAH NAJIB!

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri:
Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Wednesday, April 8, 2009

Apabila Muka Tidak Tahu Malu...

Apabila Muka Tidak Tahu Malu...

Saya berasa hairan dengan tindakan Presiden MCA, Dato Ong Tee Kiat yang secara terbuka di hadapan media arus perdana menuntut agar bilangan Menteri dan Timbalan Menteri di kalangan anggota MCA dikekalkan. Apakah perkara ini tidak boleh dibawa berbincang dengan tertib dengan Pengerusi Barisan Nasional, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak???

Setahu saya, sebelum barisan kabinet diumum esok, DS Najib sudah berjumpa dan berbincang dengan semua pemimpin parti-parti komponen BN tentang perkara tersebut. Kenapakah beliau tidak menggunakan saluran tersebut bagi mengemukakan cadangan tersebut???

Dan kalaupun DS Najib menolak tuntutan beliau, wajarkah beliau bertindak sedemikian rupa dengan menggunakan media sebagai 'senjata' terakhir beliau agar cita-cita beliau tercapai???

Bagaimana pula dengan 'bunyi-bunyi lalat' yang masih kedengaran apabila DS Najib menjadi PM untuk mewujudkan tambahan jawatan TPM untuk kaum Cina???

Bagi saya tindakan mereka ini bolehlah dianggap sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong2. Cerminlah prestasi parti masing2 dalam PRU12. Parti2 komponen Sabah dan Sarawak banyak menyumbang kpd kejayaan BN disamping UMNO sebagai parti induk.

Menurut statistik, MCA hanya menyumbang 15 kerusi parlimen dan parti gerakan pula hanya 2 kerusi parlimen. Jika diamati 17 kerusi parlimen dari parti kaum cina ini dimenangi di kawasan yang majoritinya MELAYU hasil daripada semangat setiakawan BN yang diamalkan.

Sumbangan parti MCA dan Gerakan hanyalah 12% dari jumlah keseluruhan ahli parlimen BN sebanyak 139 MP. Itupun dimenangi di kawasan majoriti MELAYU.

Sebab itulah saya nak gelar pemimpin MCA dan Gerakan tidak tahu malu kerana sudahlah prestasi PRU12 mengjengkelkan, berlagak seolah2 hero pada PRU12 dan menyalahkan UMNO semata2 dan minta bermacam2 perkara yang tidak masuk akal..

Saya harap DS Najib tidak melayan pimpinan MCA dan Gerakan yang MUKA TAK TAHU MALU apatah lagi cita2 untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri di kalangan kaum cina...

"Sebelum nak orang melayu angkat orang cina jadi TPM atau pun PM sekalipun, Gerakan atau DAP misalnya perlu membuktikan yang mereka yang majoritinya kaum cina boleh memilih orang melayu menjadi Presiden dan Timbalan Presiden Gerakan dan DAP dari kalangan orang Melayu. Kemudian barulah kita cerita isu TPM di kalangan orang cina."


Sekian,terima kasih


MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN.