GULA GULA POLITIK DAN RASUAH
Dulu, semasa BN memerintah hampir semua negeri di Malaysia, Pakatan Rakyat kata BN memberi gula-gula politik dan rasuah kpd rakyat semasa Piliharaya Umum atau Pilihanraya Kecil. Namun setelah tewas, dua beradik "kembar" ini iaitu Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim mengatakan rasuah punca kemenangan BN. BN dikatakan merasuah pengundi di Hulu Selangor kerana banyak memberi pembangunan dan projek infrastruktur kpd penduduk Hulu Selangor. Namun dalam pemerhatian saya, Pakatan Rakyat juga tidak kurang hebatnya. Mereka memberi geran-geran tanah yang tertangguh utk sekalian lama di PRK Hulu Selangor. Tiba-tiba banyak program pendidikan,kemasyarakatan dan infrastruktur dijalankan dan tertumpu di Hulu Selangor semasa musim pilihanraya. Ini tidak berlaku sebelum PRK Hulu Selangor. Malah saya menjadi mangsa apabila terpaksa bersolat zuhur bagi mengganti solat jumaat yg tidak sah akibat daripada Hasan Ali leka berkempen di masjid dan terlupa membaca selawat ketika membaca khutbah. Maka janganlah berlaku seolah olah double standard dalam mengeluarkan pendapat. Pendapat biar lebih bijak dan bernas. Saya hairan mengapa pembangkang selalu diam jika menang dan teriak jika kalah - Rafiq
Monday, May 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment